Related Post: Nasab dan Silsilah Nabi Muhammad SAW
BLOGSANTRI – Berikut ini beberapa akhlak Rasulullah SAW yang patut kita coba contohi sebagaimana dikutip dari Biografi Lengkap Rasulullah SAW oleh Dr. Sayyid Muhammad bin Alawi Al Maliki), yaitu:
- Baginda Nabi SAW selalu diam, berpikir terus menerus, dan hanya berbicara ketika perlu;
- Perbicaraannya fasih, ringkas tetapi padat, dan menghadapkan seluruh tubuhnya bila berbicara dengan seseorang;
- Hatinya selalu sedih (inginkan umat dalam kebaikan dan terlepas dari azab الله SWT);
- Selalu menundukkan pandangan kerana tawaddu’;
- Menghargai nikmat sekecil apa pun tanpa mempersoalkannya;
- Tidak pernah mencela makanan. Apabila suka, Baginda Nabi SAW akan makan. Jika tidak, ditinggalkannya tanpa mencelanya;
- Tidak pernah marah yang ada kaitan dengan urusan dunia;
- Jikalau marah, marahnya bukan kerana nafsu;
- Apabila kebenaran dipermainkan, Baginda Nabi SAW akan bangkit untuk berusaha mempertahankannya;
- Apabila marah Baginda Nabi SAW akan memalingkan muka, apabila suka Baginda akan memejamkan mata;
- Tidak pernah berkata kotor, berbuat keji dan melampaui batas, dan Tidak pernah berteriak-teriak.
- Tidak pernah membalas kejahatan dengan kejahatan. Malah Baginda Nabi SAW memaafkan & berlapang dada;
- Tangan Baginda Nabi SAW tidak pernah memukul selain untuk berjihad dijalan الله SWT;
- Apabila menghadapi dua perkara Baginda memilih yang paling mudah selagi ia bukan dalam perkara maksiat;
- Di rumah, Baginda Nabi SAW adalah manusia biasa yang membasuh pakaian , memerah susu & membuat sendiri segala keperluan diri;
- Ketika duduk atau pun berdiri, Baginda Nabi SAW selalu berzikir;
- Raut wajahnya selalu ceria , perangainya dapat dicontohi dengan mudah , lemah lembut dan peramah;
- Tidak pernah bersikap keras dan bertindak kasar , berteriak-teriak , lebih-lebih lagi mencela orang lain;
- Tiga perkara yang dijauhi ; perselisihan , bongkak & segala yang tidak diperlukan;
- Tidak pernah mencela dan memaki orang lain, tidak pernah mencungkil/mengungkap rahasia orang lain;
- Tidak pernah berbicara kecuali sesuatu yang menjanjikan pahala;
- Perbicaraannya memukau sesiapa pun yang mendengarnya lalu terpegun seolah-olah ada burung melintas di atas kepala mereka;
- Sesiapa yang melihat Baginda Nabi SAW sepintas lalu akan merasa hormat dan kagum terhadapnya, Sesiapa yang selalu bergaul dan telah dekat mengenali Baginda, akan menyayanginya sepenuh jiwa raga.
- Baginda pasti memberi tempat kepada orang yang ingin duduk dan tidak membedakan di kalangan mereka.
- Sesiapa yang meminta sesuatu, pasti dipenuhinya atau jika sebaliknya ditolak dengan tutur kata yang lemah lembut.
- Tangan Baginda Nabi SAW selalu terbuka kepada sesiapa sahaja tanpa pilih kasih. Baginda adalah ayah bagi mereka semua;
- Dimanana pun Baginda Nabi SAW berada, disitu terpancar cahaya ilmu, sikap malu dan sabar serta amanah;
- Tidak ada yang berani meninggikan suara dihadapan Baginda kerana kewibawaan Baginda Nabi SAW;
- Semua mengakui keutamaannya kerana ketaqwaannya ; menghormati orang tua , menyayangi yang kecil , mengutamakan orang yang ada hajat , menjaga keperluan & kebajikan orang asing;
- Tidak terus memotong percakapan orang lain. Jika ingin memotong , Baginda hentikan dahulu ataupun berdiri;
- Paling berlapang dada, paling tepat dalam berbicara, paling halus keperibadiannya, dan Paling ramah dan beradab dalam pergaulan dan muamalahnya.
ماشاء الله تبارك الله
اللهم صل على سيدنا وحبيبنا محمد وعلى آله وصحبه وسلم
- Advertisement -

